Surah Al Baqarah [Ayat : 261]
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

Khamis, 23 Oktober 2008

DEFINISI TAKAFUL

Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'kafala'yang bererti untuk memjamin, menjaga atau memelihara. oleh kerana 'Takaful' merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'Takafala' maka ianya juga bererti 'saling menjamin, menjaga atau memelihara'.

Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika di perlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Hanya ada 8 pengendali takaful di malaysia.
Rujukan BANK NEGARA MALAYSIA